Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru
disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati
daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi
mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati
maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan
kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka
yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda
ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar
dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk
memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan
urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu
Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini
daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di
atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan
mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula
mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan
memperlihatkan wajahnya
sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya
kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit
yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di
bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda
ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita
tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang
akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan
bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan
jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian
sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur
masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan
jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana
kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan
ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui
waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan
merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke
pinggang dan seterusnya akan naik ke ahagian halkum. Ketika ini
hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan
menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali Kepada
Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Allahualam,
Posting Komentar